ASTANA - Sekurang-kurangnya 42 terkorban
dalam nahas melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines di bandar barat Aktau,
Kazakhstan pada Rabu.
Kementerian Kecemasan menerusi kenyataan
di Telegram mengesahkan J2-8243 itu membawa 67 penumpang termasuk lima kru.
"Laporan awal mendapati kira-kira 25 mangsa penumpang terselamat dan 22
daripadanya kini dirawat di hospital," jelas kementerian itu lagi.
Data penumpang mendapati 37 daripada
mangsa penumpang adalah warga Azerbaijan, enam rakyat Kazakhstan, tiga warga
Kyrgyzstan dan 16 rakyat Rusia.
Rakaman memaparkan pesawat Embraer 190 itu
terbakar sejurus terhempas turut menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, pesawat itu sedang dalam
perjalanan dari Baku ke Grozny di Rusia, namun terpaksa dilencongkan kerana
kabus tebal.
Ia kemudiannya cuba mendarat cemas di
Lapangan Terbang Aktau.
Sementara itu, agensi berita Interfax
melaporkan pihak berkuasa di Astana sedang melakukan siasatan lanjut tentang
punca nahas berkenaan termasuk memeriksa jika ada berlaku masalah teknikal.
Pemerhati penerbangan Rusia juga memaklumkan maklumat awal mendapati juruterbang membuat keputusan untuk mendarat cemas selepas dilanggar burung. - Agensi
0 Comments