Pelakon Datuk Remy Ishak mengakui dengan pendapat seperti
yang diperkatakan segelintiri individu bahawa aktres jelita Sophia Albarakbah
mempunyai karakter yang manja.
Memetik Xtra, Remy yang bergandingan dengan Sophia menerusi
drama Marina sempat berseloroh. seseorang lelaki itu boleh tergugat jika kurang
iman.
“Dia manja, bahaya kalau lelaki kurang iman, tergugat. Saya
Alhamdulillah, masih lagi berpegang jalan yang lurus,” selorohnya sambil
ketawa.
Sementara itu, Remy berkongsikan mengenai drama tersebut
dimana antara cabaran dihadapinya adalah untuk bermain emosi kerana perlu
menonjolkan watak berbeza dalam satu sama.
“Cabaran itu dari segi
emosi, sebab kadang-kadang kena bersikap sombong kepada Sophia yang memegang
watak sebagai Marina, tapi dalam masa sama kena jadi prihatin,” katanya.
Sumber: Xtra
0 Comments