![]() |
Fazura dan Fattah mencapai kata sepakat
berhubung hak penjagaan anak mereka.
Pelakon Fattah Amin
dan bekas isterinya iaitu Nur Fazura Sharifuddin mencapai kata sepakat
berhubung hak penjagaan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Menurut peguam mewakili Fattah iaitu
Syamimi Ab Rahman, hak penjagaan penuh diserahkan kepada Fazura, manakala aktor
tersebut diberikan hak lawatan dan bermalam.
Menerusi persetujuan yang dicapai itu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dibenarkan bermalam sebanyak dua kali sebulan dan lawatan tiga kali seminggu.
![]() |
Fazura
bersyukur perkara itu diselesaikan dengan baik.
"Untuk terma
tuntutan hadanah, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak
penjagaan anak kepada Fazura selaku ibu kandung.
"Untuk hak
lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian. Untuk
bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung
kepada kelapangan Fattah iaitu ambil pada hari Jumaat dan pulang pada hari
Ahad.
Menurut Mstar, "Bagi lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatima sebanyak tiga kali seminggu,"
Syamimi memaklumkan perkara itu ketika
ditemui selepas selesai urusan merekodkan hak hadanah di Mahkamah Tinggi
Syariah, Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Sementara itu, Fazura ketika ditemui
meluahkan rasa syukur apabila kes mengenai penjagaan anak itu dapat
diselesaikan secara baik.
"Alhamdulillah. Saya tidak ada
apa nak cakap, semuanya saya serah kepada peguam,” ujarnya.
Dalam pada itu, peguam mewakili Fazura
iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata isu hadanah tersebut sebenarnya sudah
selesai sebelum mereka bercerai lagi.
"Sebenarnya tiada apa pun. Ia
sudah selesai secara aman memandangkan persetujuan sudah dibuat sebelum mereka
bercerai lagi," ujarnya.
![]() |
Fazura dan Fattah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Sementara itu, Fattah ketika ditemui
enggan ditemu bual dan memohon untuk perlu segera pulang.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura yang
mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sah bercerai talak satu pada 7
Oktober lepas.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan
seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
0 Comments