Mahkamah tinggi hari ini menyatakan 2 buah banglo di Country Heights Kajang, Selangor yang berharga RM5.9 juta atas nama Yayasan Akalbudi yang dimiliki oleh Datuk Seri
Zahid Hamidi merupakan wang sumbangan ahli perniagaan.
Ahli perniagaan tersebut bernama Junaith Asharab Md Shariff yang merupakan peniaga tekstil dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin. Mereka turut hadir ke mahkamah sebagai saksi.
Menurut peguan Hisyam Teh Poh Teik yang memawakili Zahid Hamidi, mereka telah mengemukakan saksi dan saksi juga mengaku tiada unsur rasuah melainkan sumbangan amal untuk yayasan tersebut. Oleh yang demikian, tiada unsur wang haram seperti yang dinyatakan pendakwa.
Lot rumah banglo ini dibeli untuk sebuah lagi yayasan menjalankan aktiviti keagamaan iaitu Yayasan Alfalah yang dikendalikan oleh adik beliau Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Sebelum ini Datuk Seri Zahid Hamidi ahli parlimen Bagan Datuk telah berdepan dengan 47 pertuduhan dengan 12 pecah amanah jenayah, 8 rasuah dan 27 penggubahan wang haram.
Sumber: awani
0 Comments