Perlawanan Penting Bola Sepak Hari Ini: Barcelona lawan Real Madrid, Manchester United Akan Menjadi Tuan Rumah Kepada Chelsea

Perlawanan Penting Bola Sepak Hari Ini: Barcelona lawan Real Madrid, Manchester United Akan Menjadi Tuan Rumah Kepada Chelsea

 


Sepanyol

Barcelona dan Real Madrid akan bertembung malam ini di "elclasico" pertama untuk musim baru selepas kedua pasukan ni masing-masing tewas perlawanan sebelumnya. Cuma Barca meraih kemenangan dalam Uefa Champion League manakala Real tewas juga dalam kejohanan itu. Laporan sukan sepanyol menyebut Sergio Ramos bebas dari sebarang kecederaan selepas pemain itu tidak dapat beraksi menentang Shaktar Donetsk, malam ni turun sebagai kapten skuad Los Blancos. Tidak ketinggalan Lionel Messi yang kemarau gol berdepan Real Madrid sejak mei 2018 juga akan menjadi itu sebagai misi penting. Perlawanan itu akan berlangsung di Nou Camp, dan Skuad Diego Simeone Athletico Madrid menjadi tuan rumah menentang Real Betis selepas mereka tewas di tangan Bayern Munich sebelum ini.

England

Frank Lampard kemungkinan akan meninggalkan pemainnya Pulisic dan Thiago Silva kerana tidak ada sebarang tanda cergas dari kecederaan selepas mereka seri dengam Southampton 3-3 minggu lalu. Manakala skuad Red Devil begitu pasti dapat menurunkan Mason Greenwood, Harry Maguire dan pemain baru mereka Edison Cavani. Jika "dia (Cavani) diturunkan malam ini ia merupakan debut pertama kata Ole" sudah tentu saya mahukan aksi terbaiknya. Anthony Martial pula sudah tentu berdepan hukuman red card nya selepas dia mengasari pemain Tottenham Hotspurs dua minggu lalu dan terlepas untuk beraksi 3 perlawanan Skuad Jurgen Klopp masih lagi menunggu pemain-pemainnya kembali beraksi seperti Thiago Alcantara, Naby Keita, dan pertahanan tengah Joel Matip selepas mereka telah tamat kuarantin selama dua minggu. Pasukan itu juga menerima berita sedih selepas Virgil Van djick yang akan berehat selama 6 bulan yang disahkan mengalami ACL putus penuh, ia serba sedikit akan memberi kesan buruk pada pasukan itu selepas ini, kata Klopp. Manchester City akan bertandang ke West Ham tanpa kelibat Kevin de brune, Laporte dan Nathan Ake selepas ketiga pemain itu mengalami kecederaan yang dijangka terlepas beberapa aksi. Manakala Fulham akan melakukan pertembungan London Derby menentang Crystal Palace.

Nah, minggu ni ramai player tak dapat beraksi, mungkin perlawanan big match Barca dengan Real, Man United lawan Chelsea akan menjadi tumpuan dunia untuk menonton bola sepak!

Itali

Inter Milan menjanjikan aksi terbaik kerana akan berdepan pasukan kerdil iaitu Genoa selepas skuad itu terima kekalahan di Derby Match menentang Ac Milan minggu lalu dan seri 2-2 dengan Borussia Monchengladback dalam saingan UCL, gol Borussia minit terakhir telah mengecewakan Inter Milan bagi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas.

Germany

Schalke 04 ingin menamatkan kemarau kemenangan selepas 20 perlawanan, ini telah merencatkan pasukan dan mental player selepas menduduki tangga bawah liga, jurulatih baru mereka yang baru mengharungi 2 perlawanan Manuel Baum masih lagi menunggu kemenangan pertama. Dortmund pula telah hadapi detik hitam selepas dikecewakan Lazio 3-1 di saingan UCL beberapa hari lepas dan cuba untuk meraih kemenangan kembali dalam bundesliga yang akan bertemu Shalke 04.

Perancis

Marseille dan Paris Saint Germain masing-masing menghadapi hari terburuk mereka selepas kalah dalam saingan UCL. Marseille kalah di tangan Olimpiakos 1-0 dan PSG kalah di laman sendiri di tangan Manchester United 2-1. Laporan media sukan France pasukan itu telah terima beberapa kritikan dari penyokong selepas aksi Neymar dan Mbappe yang tidak memuaskan. Manakala striker Marseille Dario Benedetto berharap dapat membantu pasukannya dalam saingan liga selepas masih menduduki tempat ke 17, dia yang telah menjaringkan 17 gol musim lepas tapi masih lagi tidak menjaring sebarang gol musim ini berharap akan dapat menghentikan kemarau itu.

fans mahu berita bola

Post a Comment

0 Comments