Manchester United Membelasah RB Leipzig Awal Pagi Tadi, Marcus Rashford Cipta Hatrik

Manchester United Membelasah RB Leipzig Awal Pagi Tadi, Marcus Rashford Cipta Hatrik


MANCHESTER, United Kingdom: Marcus Rashford meledak hatrik pada babak kedua ketika Manchester United mengetuai kumpulan Liga Juara-Juara dengan membelasah pendahulu liga Jerman, RB Leipzig 5-0 sebentar tadi.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang bermula goyah pada permulaan musim, kini mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas kejayaaan menumbangkan Paris Saint-Germain pada perlawanan pembukaan.

United mendahului pada pertengahan babak pertama apabila Marcus Greenwood, 19, menerima bola daripada Paul Pogba dan menyepak melepasi Peter Gulacsi ke penjuru gawang.

Pemain gantian, Rashford meledak tiga kali selepas masuk pada minit ke-63 lalu mengingatkan Solskjaer dia adalah tonggak utama di Old Trafford.

Anthony Martial juga mencetak nama selaku penjaring apabila menyempurnakan penalti buat juara Eropah tiga kali itu yang kini mendahului tiga mata di persada Kumpulan H.

Greenwood, yang dihantar pulang bulan lalu oleh England kerana melanggar protokol COVID-19 memulakan permainan bersama Martial dengan Rashford dan Bruno Fernandes sebaliknya diletakkan di bangku simpanan. 



Aksi-aksi di saingan Champion League awal pagi tadi



Sumber: Berita Harian Online


Post a Comment

0 Comments