Hai semua kali ni kami akan sajikan rangkuman perlawanan UEFA champion league tiga hari lepas antara Paris Saint German menentang Manchester United. Ok macam biasa tolong share pada mereka yang mahukan berita bola.
Secara ringkas pada perlawanan tu, skuad Thomas Tuchel (PSG) menurunkan tiga pemain harapan mereka di bahagian attacking Di Maria, Neymar dan Kylian Mbappe, manakala skuad Ole menurunkan tiga pemain harapan mereka iaitu Marcus Rashford, Anthony Martial dan Bruno.
Tapi korang kena ingat kali ni Ole meletakkan drop position planning dengan meletakkan 5 pertahanan. Jadi korang kena tahu bila satu pasukan main pakai 5 defend ni sah-sah nak slowkan tempo game/nak main counter attack/pihak lawan sedang berada prestasi terbaik dengan corak laju.
25 minit pertama
Tak sangka Man Utd dapat chance penalti selepas Martial dijatuhkan oleh Diallo. Dengan tenang Bruno sempurnakan penalti itu tapi retake sebab sepakan pertama Bruno Keylor Navas keluar garisan terlebih dahulu sebelum bola disepak.
Pada 25 minit pertama ni, Degea memang menjadi supeb Fans Man Utd tak habis- habis puji dia, yela banyak save bola-bola bahaya dari Mbappe dan Neymar terutama sepakan Mbappe masa tu.
20 minit seterusnya
2 orang kad kuning Neymar dan Mctominay. Psg bertali arus menyerang ke kubu Manchester United dengan sepakan percuma tersasar, chance Mbappe juga disia-siakan. Sekali lagi Thomas Tuchel hampa.
Rehat masa pertama
Masuk separuh kedua Psg buat pertukaran pertama masukkan Moise Kean menggantikan Idrissa Gueye. Kali ni Psg tidak beri peluang mudah kepada Man Utd, dengan menukar corak Neymar take ball dekat posisi 6, sebab dalam perlawanan ni, Neymar most winning dribble, banyak lepas dribble then thru pass dekat Mbappe. Tapi dengan 5 pertahanan, masa Neymar take ball dekat posisi 6 Axel Tuanzebe ikut rapat, Lindelof pula backup bahagian Tuanzebe, secara automatik Mbappe yang lari di sayap dapat di kawal oleh Wan Bissaka. Psg menjadi sangat buntu nak sumbat satu gol pun susah.
Ngam 10 minit lepas masuk separuh kedua Martial sendiri yang hadiahkan Psg gol, serang punya serang tak dapat gol, Man Utd yang sendiri own gol untuk PSG haha, perlawanan kembali seimbang tapi player kedua pasukan nampak keletihan bila masuk minit 65-70.
Ole pandai
Dia tahu sebelum pasukannya Disaster oleh PSG, dia nak main posession pulak, keluarkan Telles masukkan Pogba. Dengan kemasukan Pogba dah tentu Man Utd dapat dominasi jugak bahagian tengah kalau tak sebelum tu Psg control giler-giler.
Dah normal formation 4-2-1-3
Unites kembali serang.
Minit 76 game berhenti seketika Luke Shaw injury, minit 78 Psg buat ganti pemain kedua masukkan Colin Dagba keluarkan Florenzi. Thomas Tuchel perasan Florenzi nampak keletihan dengan tenaga baru Pogba serang dari belah kiri ikuti overlap Shaw dan drible Rashford Florenzi dikeluarkan.
Minit 81 Psg nyaris mendahuli hasil freekick dari Neymar tapi tak berjaya, Goal kick untuk United. Minit 86 Psg buat dua pertukaran keluarkan Di Maria dan Layvin Kurzawa then masukkan Bakker dengan Pablo Sarabia.
Dengan gerakan kemas dan cantik, Pogba mengawal bola dan pass pada Rashford, Rashford turn kan badan melepaskan sepakan dan placing betul-betul tepi tiang berjaya menewaskan Navas. GOLL!
Psg terdiam seketika termasuk Neymar garu kepalanya memang malang harini untuk aku!. Manakala Ole melakukan pertukaran masukkan James dan Van De Beek keluarkan Martial dengan Bruno.
Pengadil meniupkan wisel tamat perlawanan. Match kali ni hanya perlawanan pembukaan kumpulan dah tentu skuad Psg tak berapa kisah. Dengan berbaki lagi 5 perlawanan temasuk timbal balik, aku rasa Psg akn melakukan kebangkitan. United pun still dengan performance meningkat tambah kehadiran Pellistri dengan Cavani rakan senegara dah tentu chemistry yang dimahukan Ole selepas ini. Tamat ringkasan perlawanan kali ini.
fans mahu berita bola
0 Comments