Barcelona 1 vs 3 Real Madrid 'elclasico' yang fantastic

Barcelona 1 vs 3 Real Madrid 'elclasico' yang fantastic


Macam mana team korang, barcelona kalah real menang? Hehe ok takpe admin just nak highlight sikit elclasico malam tadi dari minit 1 hingga la wisel penamat.
Ok jum kita tengok line up kedua pasukan 

Barcelona: GK (Neto),RB (Sergino Dest),CB (Gerard Pique),CB (Lenglet),LB (Jordi Alba),MF (Sergio Busquets),MF (Frenkie De Jong),MF (Pedri),MF (Philippe Coutinho),AMF (Lionel Messi),CF (Ansu Fati) 

Real Madrid: GK (Thibaut Courtois),RB (N Fernandes),CB (Raphael Varane),CB (Sergio Ramos),LB (Ferland Mendy),MF (Federico Valverde),MF (Casemiro),MF (Toni Kroos),RW (Marco Asensio),LW (Vinicius Junior),CF (Karim Benzema)

Ok itu lineup utama kedua-dua pasukan yang diturunkan Ronald Koeman dan Zidane. Kita mula dari sepak yang pertama

Minit 1-10 
Real Madrid mula kickoff dan permainan dalam keadaan tertutup hasil dari pandemik covid19, Barcelona bijak mengawal dan dapat patahkan thru pass midfield real, Barca cuba control ball play on, ball posession nampaknya dari tactical Koeman dan Ansu Fati cuba menghantar silang ke dalam kotak penalti tapi opponent dapat mematikan bola itu oleh Sergio Ramos. Real Madrid cuba control game posession setakat ini Barca 35%-65% Real Madrid, skuad Zidane nampaknya begitu tenang membuka ruang dari tepi bolda dibawa laju oleh Junior dan backpass pada Kross dapat kepada Karim Benzema dan melakukan thru ball bahaya dalam kotak penalti disambar Valverde terus menyumbat Golllll, gol gol gol. Kickoff dari Barca nampaknya Real lead 1-0 pada tuan rumah dan dapat kepada Real Jersi no 20 Junior cuba 1-2 pada Benzema namun Benzema offside. Bola dihantar terus kepada Messi dapat peluang baik Messi patah balik kepada Jordi Alba, Jordi Alba hantar ke dalam kotak terus disepak Ansu Fati Gollll, gol gol

Perlawanan baru masuk ke babak 10 minit tapi jaringan dah 1-1, saingan sengit telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Secara jujur kali ni admin tengok game elclasico ni tak rancak sangat, kalau dulu Messi akan bertemu rivalnya Cristiano Ronaldo

Sambungan minit 10 - 45 keadaan seimbang buat kedua-dua pasukan, saling menyerang, tukar taktikal, tukar formasi, tiada jaringan lain untuk first half tamat untuk berehat 1-1.

Mula separuh masa kedua Barcelona kickoff dan control ball hingga minit 47 Pedri berjaya menyilangkan bola dalam kotak berjaya dipatahkan pertahanan Real Madrid, sehingga minit 59 Toni Kross menghantar bola dan Sergio Ramos kena tarik, Ref melalukan VAR - dan ya Clement Lenglet menarik baju Ramos dan Real Madrid dapat sepakan penalti, mudah Ramos menyumbat dan GOLllll bagi Real Madrid mengatasi barcelona 1-2.

Luka Modrid dimasukkan menggantikan Valverde, perlawanan seimbang kedua-dua pasukan melakukan serangan. Minit 70 Pengadil menghentikan perlawanan bagi check VAR penalti untuk Barcelona namun tidak kata pengadil. 
Pedri dan Busquets dikeluarkan menggantikan O Dembele dan Trincao. Neto tidak berapa baik bermain pada malam ini, baik skill dari Modric pass to Rodrygo dan Rodrygo pass balik dan GOLllll berjaya dijaringkan oleh Modric pada minit-minit akhir 90, tambahan masa 5 minit, mampukah Barca mengejar, Barca lebih posession ball kali ni, namun pengadil meniup wisel tamat perlawanan yang berkesudahan 1-3 kepada Real Madrid. Video Highlight di bawah.



Post a Comment

0 Comments